Sunday 29 April 2012

Rancangan Pengajaran Harian B. Melayu Tahun 4


RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
BAHASA MELAYU
TAHUN 4


MATA PELAJARAN                       :  Bahasa Melayu
TARIKH                                             :  23  April  2012
MASA                                                 :  8.45 -  9.15 pagi ( 30 minit)
TAHUN                                              :  4 Budi
TEMA                                                 :  Warisan Budaya
TAJUK                                              :  Ketupat
BILANGAN MURID                         :  27 Orang

Hasil Pembelajaran Utama (HPU)
1.0    Berbual dengan keluarga,rakan sebaya dan pihak lain dalam situasi formal
        dan tidak formal
5.0  Membaca kuat dengan kelancaran sebutan,intonasi dan gaya pembacaan
        yang  sesuai


Hasil Pembelajaran Khusus(HPK)
1.1  Berbual tentang sesuatu perkara berkaitan kehidupan seharian dengan menggunakan kata,ungkapan, ayat,sebutan, intonasi dan nada yang sesuai
5.1 Membaca kuat perkataan dan ayat dengan sebutan dan intonasi yang betul
      dan memahami perkara yang dibaca


Huraian Hasil Pembelajaran (HPP)

 Fokus Utama                     
9.2 Aras 2      i.       Mencatat nota dalam bentuk grafik

Fokus Sampingan 
1.1Aras 1       i)      Berbual tentang sesuatu perkara yang dialami atau yang 
                                dilihat atau yang dibaca.
5.2 Aras 3      ii).    Membaca lancar teks pelbagai laras bahasa dengan sebutan   
                                dan intonasi yang betul.

Hasil Pembelajaran :
Pada akhir pembelajaran murid dapat:
i.        Membaca teks dengan sebutan dan intonasi yang betul
ii.        Membina carta alir dengan betul.


Kemahiran Berbahasa :    Kemahiran Bertutur
                                                Kemahiran Membaca
                                                Kemahiran Mendengar
                                                Kemahiran Menulis

Sistem Bahasa                :  Tatabahasa     -Morfologi    -  Kata Kerja
                                            :  Sebutan dan Intonansi        -   Membaca Ayat
                                            :  Sistem ejaan                        -   Kata dasar / Kata terbitan

Pengisian Kurikulum
Ilmu                :  Pendidikan Seni


Kemahiran Bernilai Tambah
Kemahiran Berfikir         : menjana idea
Belajar Cara Belajar      : mendengar dengan teliti , mencatat
Kecerdasan Pelbagai   : kontekstual
Nilai             : Bersyukur, berkerjasama

Pengetahuan Sedia Ada  :  Murid pernah melihat dan merasai makanan.

Bahan Sumber P & P        :  Video,LCD,Kertas mahjong,pen marker.

LANGKAH/
MASA
ISI
KANDUNGAN
AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
CATATAN

Set Induksi
( 5 minit )








·         Video cara-cara membuat ketupat.

·         Guru meminta  memerhati video yang ditunjukkan.
·         Murid menamakan benda yang ditunjukkan dalam video.
·         Murid menyatakan  bila kita biasanya makan ketupat.
·         Guru mengaitkan gambar dengan tajuk pelajaran.

BBM: Komputer dan LCD


Perkembangan
Langkah 1
(8 minit)




·         Petikan ‘Ketupat’.

Aktiviti 1
·         Murid membaca petikan  berkaitan  dengan ketupat secara individu
·         Guru dan murid bersoal jawab.
Berapakah jenis ketupat?
·         Guru menunjukkan gambar jenis- jenis ketupat.
·         Berbincang tentang cara-cara
membuat ketupat.


Buku teks
KP : Sumbang   
        saran.


Langkah 2
(15 minit)


·         Membentuk carta alir – Cara membuat ketupat.

Aktiviti
·         Guru meminta  4 atau  5 orang murid  dalam  setiap kumpulan menulis cara-cara membuat ketupat  dalam bentuk carta alir di atas kertas.
·         Guru menunjukkan contoh carta alir kepada murid.
·         Murid mempersembahkan hasil perbincangan  mereka dengan bimbingan guru.





 KP: kaedah
       kolaboratif
Nilai: bekerjasama
Bahan  P&P: Kertas mahjong,pen marker, LCD


Penutup
(2 minit)



Guru membuat rumusan tentang tajuk yang telah dipelajari
·         Apakah  tajuk pelajaran hari   
        ini?
·         Apakah yang anda dapat  
        daripada pelajaran hari ini?


Rumusan isi pelajaran





Refleksi
1.0         Refleksi Pengajaran Makro
Setelah menjalankan satu pengajaran makro, saya berpuas hati walaupun masih terdapat banyak kelemahan dan kekurangan yang boleh diperbaiki. Saya telah memilih tajuk ‘Ketupat’ yang mana tajuk tersebut termasuk dalam tema  Warisan Budaya.
Saya gembira kerana telah menarik minat pelajar untuk melibatkan diri dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) dari awal hingga tamat. Ada  kalanya rasa sedikit gementar yang menguasai diri ketika menjalankan pengajaran makro sedikit sebanyak memberikan kesan terhadap penyampaian. Walaubagaimana pun ia dapat diatasi dengan pengalaman saya mengajar yang agak lama..
            Masalah yang saya hadapi ketika menjalankan pengajaran makro tersebut antaranya ialah bahasa penyampaian saya yang saya rasa kurang baik. Saya juga telah mencuba sedaya upaya untuk bercakap dengan bahasa yang betul. Saya juga rasa bangga kerana ada murid pemulihan yang cuba menjawab soalan yang saya berikan serta ramai murid lain yang telah memberikan respon yang baik dalam sesi soal jawab. Saya rasa masa  30 minit  tidak cukup untuk murid menyalin semula di dalam buku latihan. Walau bagaimanapun saya rasa gembira kerana murid-murid dapat bekerjasama membuat tugasan yang diberikan.

1.1       Tahap Keyakinan Diri
Pada awalnya, saya merasakan bahawa saya  mempunyai keyakinan diri untuk menjalankan pengajaran makro. Apabila pengajaran saya dirakam,pada mulanya terasa kekok juga. Dengan pengalaman mengajar yang agak lama saya cuba kuatkan semangat dan meneruskannya P&P hingga selesai. Setelah memulakan set induksi dan pelajar menunjukkan tindakbalas yang baik, saya rasa lebih yakin dan  bersemangat untuk meneruskan P&P.


1.2       Bahan Bantu Mengajar (BBM) 
Bagi memastikan aktiviti yang dijalankan semasa pengajaran makro berlangsung dengan baik, saya telah menyediakan alat bantu mengajar seperti kertas mahjong dan marker.,komputer dan LCD. Saya amat berpuas hati kerana kesemua alat tersebut berjaya menarik minat pelajar untuk mengikuti aktiviti yang saya jalankan semasa P&P. Namun kertas yang saya edarkan agak kecil sedikit,sepatutnya saya sediakan yang saiz kertas lebih besar sedikit.Apabila murid menulis menggunakan pen marker,mereka tidak dapat mengagak saiz tulisan mereka. Saya juga menggunakan LCD untuk menunjukan video tentang tajuk yang hendak diajar. iaitu   cara–cara membuat ketupat. Melalui LCD saya dapat menunjukkan contoh-contoh ketupat dan cara membuat carta alir dengan jelas.   

1.3       Objektif Pembelajaran      
            Di akhir pengajaran pelajar dapat:
1.    Aras  1:     25 daripada 27 orang murid dapat membaca dengan sebutan
                   dan intonasi yang betul.  
2.    Aras 2 :     24 daripada 27 orang murid dapat membina carta alir dengan
                  betul.  

1.4       Strategi
Strategi merupakan antara kunci keberkesanan sesuatu pengajaran samada berjaya mencapai objektif atau tidak. Justeru, saya telah menentukan terlebih dahulu strategi yang akan digunakan semasa pengajaran. Sepanjang proses P&P berlangsung, saya menggunakan satu kaedah yang utama iaitu pembelajaran secara kooperatif di mana murid-murid berbincang semasa melakukan tugasan.  
            Pada permulaan pengajaran juga saya telah menunjukkan video dan gambar bagi menarik minat dan menghilangkan rasa bosan dan mengantuk dalam kalangan pelajar kerana waktu pengajaran tersebut  adalah waktu yang terakhir. Saya juga menggunakan kaedah peneguhan yang mana saya akan memberikan pujian sekiranya pelajar memberikan respon yang baik.    

1.5  Maklum Balas
Maklumbalas pelajar sepanjang P&P berlangsung amat positif dan memberangsangkan. Ia dapat dilihat bermula sesi soal jawab yang dikemukakan.  Semua pelajar memberikan kerjasama dalam tugasan yang diberikan.. Maklumbalas tersebut juga dapat dilihat melalui semangat persaingan antara kumpulan pelajar yang ingin cepat siap dan menghasilkan tugasan yang baik. Saya sepatutnya memberi hadiah kepada kumpulan yang cepat siap dan betul. Objektif yang telah digariskan telah berjaya dicapai kerana 4 daripada 5 kumpulan dapat menjawab semua dengan betul. Saya akan cuba melakukan yang lebih baik pada pengajaran akan datang dan mengatasi kelemahan-keleahan yang saya hadapi pada pengajaran tersebut.

1.6       Rumusan
Pada keseluruhannya, saya menyedari bahawa masih terdapat beberapa kekuatan dan kelemahan yang ada pada diri saya semasa proses P&P. Namun, disebabkan pemilihan aktiviti yang menarik masih mampu membuatkan pengajaran saya berjalan dengan lancar dan objektif dapat dicapai walaupun dalam sesi waktu pelajaran yang terakhir sebelum murid pulang.  Saya akui bahawa tidak semua aktiviti yang saya jalankan berlangsung dengan baik. Pada pengajaran akan datang saya akan cuba untuk meningkatkan kemahiran dari segi  , penggunaan BBM, pemilihan strategi , sebutan dan memberi penghargaan kepada murid.



Penggunaan ' dari ' dan ' daripada '

http://blog.eng.usm.my/tangtyyling/?page_id=989

Kesalahan Biasa Tatabahasa

http://ms.wikipedia.org/wiki/Kesalahan_biasa_tatabahasa_Melayu

Jenis-Jenis Ayat

http://ms.wikipedia.org/wiki/Jenis-jenis_ayat_bahasa_Melayu

Pengajaran 3 - Bahasa Melayu Th. 4