RANCANGAN
PENGAJARAN HARIAN
BAHASA
MELAYU
TAHUN
4
MATA PELAJARAN : Bahasa Melayu
TARIKH : 23 April 2012
MASA : 8.45 -
9.15 pagi ( 30 minit)
TAHUN : 4 Budi
TEMA : Warisan Budaya
TAJUK : Ketupat
BILANGAN MURID : 27 Orang
Hasil Pembelajaran
Utama (HPU)
1.0 Berbual dengan keluarga,rakan sebaya
dan pihak lain dalam situasi formal
dan tidak formal
dan tidak formal
5.0 Membaca kuat dengan kelancaran
sebutan,intonasi dan gaya pembacaan
yang sesuai
yang sesuai
Hasil
Pembelajaran Khusus(HPK)
1.1 Berbual
tentang sesuatu perkara berkaitan kehidupan seharian dengan menggunakan
kata,ungkapan, ayat,sebutan, intonasi dan nada yang sesuai
5.1 Membaca kuat perkataan dan ayat
dengan sebutan dan intonasi yang betul
dan
memahami perkara yang dibaca
Huraian
Hasil Pembelajaran (HPP)
Fokus Utama
9.2 Aras 2 i. Mencatat
nota dalam bentuk grafik
Fokus
Sampingan
1.1Aras 1 i) Berbual
tentang sesuatu perkara yang dialami atau yang
dilihat atau yang dibaca.
dilihat atau yang dibaca.
5.2 Aras 3 ii). Membaca lancar
teks pelbagai laras bahasa dengan sebutan
dan intonasi
yang betul.
Hasil Pembelajaran :
Pada
akhir pembelajaran murid dapat:
i. Membaca teks dengan sebutan
dan intonasi yang betul
ii. Membina carta alir dengan
betul.
Kemahiran
Berbahasa : Kemahiran
Bertutur
Kemahiran Membaca
Kemahiran Mendengar
Kemahiran Menulis
Sistem
Bahasa : Tatabahasa -Morfologi - Kata
Kerja
: Sebutan dan Intonansi - Membaca
Ayat
: Sistem ejaan - Kata dasar / Kata terbitan
Pengisian
Kurikulum
Ilmu : Pendidikan Seni
Kemahiran Bernilai Tambah
Kemahiran Berfikir : menjana idea
Belajar Cara Belajar : mendengar dengan teliti , mencatat
Kecerdasan
Pelbagai : kontekstual
Nilai : Bersyukur, berkerjasama
Pengetahuan
Sedia Ada : Murid
pernah melihat dan merasai makanan.
Bahan
Sumber P & P
: Video,LCD,Kertas mahjong,pen marker.
LANGKAH/
MASA
|
ISI
KANDUNGAN
|
AKTIVITI
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
|
CATATAN
|
Set Induksi
( 5 minit )
|
·
Video
cara-cara membuat ketupat.
|
·
Guru
meminta memerhati video yang
ditunjukkan.
·
Murid
menamakan benda yang ditunjukkan dalam video.
·
Murid
menyatakan bila kita biasanya makan
ketupat.
·
Guru
mengaitkan gambar dengan tajuk pelajaran.
|
BBM: Komputer dan LCD
|
Perkembangan
Langkah
1
(8
minit)
|
·
Petikan
‘Ketupat’.
|
Aktiviti
1
·
Murid
membaca petikan berkaitan dengan ketupat secara individu
·
Guru
dan murid bersoal jawab.
Berapakah jenis
ketupat?
·
Guru
menunjukkan gambar jenis- jenis ketupat.
·
Berbincang
tentang cara-cara
membuat ketupat.
|
Buku teks
KP : Sumbang
saran.
|
Langkah
2
(15
minit)
|
·
Membentuk
carta alir – Cara membuat ketupat.
|
Aktiviti
·
Guru
meminta 4 atau 5 orang murid dalam
setiap kumpulan menulis cara-cara membuat ketupat dalam bentuk carta alir di atas kertas.
·
Guru
menunjukkan contoh carta alir kepada murid.
·
Murid
mempersembahkan hasil perbincangan
mereka dengan bimbingan guru.
|
KP: kaedah
kolaboratif
Nilai: bekerjasama
Bahan P&P:
Kertas mahjong,pen marker, LCD
|
Penutup
(2 minit)
|
Guru membuat rumusan tentang tajuk yang telah
dipelajari
·
Apakah tajuk pelajaran hari
ini?
·
Apakah
yang anda dapat
daripada pelajaran hari ini? |
Rumusan isi
pelajaran
|
Refleksi
1.0
Refleksi
Pengajaran Makro
Setelah menjalankan satu pengajaran makro, saya
berpuas hati walaupun masih terdapat banyak kelemahan dan kekurangan yang boleh
diperbaiki. Saya telah memilih tajuk ‘Ketupat’ yang mana tajuk tersebut
termasuk dalam tema Warisan Budaya.
Saya gembira kerana telah menarik minat pelajar untuk
melibatkan diri dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) dari awal
hingga tamat. Ada kalanya rasa sedikit
gementar yang menguasai diri ketika menjalankan pengajaran makro sedikit
sebanyak memberikan kesan terhadap penyampaian. Walaubagaimana pun ia dapat diatasi
dengan pengalaman saya mengajar yang agak lama..
Masalah
yang saya hadapi ketika menjalankan pengajaran makro tersebut antaranya ialah bahasa
penyampaian saya yang saya rasa kurang baik. Saya juga telah mencuba sedaya upaya untuk
bercakap dengan bahasa yang betul. Saya juga rasa bangga kerana ada murid
pemulihan yang cuba menjawab soalan yang saya berikan serta ramai murid lain
yang telah memberikan respon yang baik dalam sesi soal jawab. Saya rasa
masa 30 minit tidak cukup untuk murid menyalin semula di
dalam buku latihan. Walau bagaimanapun saya rasa gembira kerana murid-murid
dapat bekerjasama membuat tugasan yang diberikan.
1.1 Tahap
Keyakinan Diri
Pada awalnya, saya merasakan bahawa saya mempunyai keyakinan diri untuk menjalankan
pengajaran makro. Apabila pengajaran saya dirakam,pada mulanya terasa kekok
juga. Dengan pengalaman mengajar yang agak lama saya cuba kuatkan semangat dan meneruskannya
P&P hingga selesai. Setelah memulakan set induksi dan pelajar menunjukkan
tindakbalas yang baik, saya rasa lebih yakin dan bersemangat untuk meneruskan P&P.
1.2 Bahan
Bantu Mengajar (BBM)
Bagi
memastikan aktiviti yang dijalankan semasa pengajaran makro berlangsung dengan
baik, saya telah menyediakan alat bantu mengajar seperti kertas mahjong dan marker.,komputer
dan LCD. Saya amat berpuas hati kerana kesemua alat tersebut berjaya menarik
minat pelajar untuk mengikuti aktiviti yang saya jalankan semasa P&P. Namun
kertas yang saya edarkan agak kecil sedikit,sepatutnya saya sediakan yang saiz
kertas lebih besar sedikit.Apabila murid menulis menggunakan pen marker,mereka
tidak dapat mengagak saiz tulisan mereka. Saya juga menggunakan LCD untuk
menunjukan video tentang tajuk yang hendak diajar. iaitu cara–cara membuat ketupat. Melalui LCD saya
dapat menunjukkan contoh-contoh ketupat dan cara membuat carta alir dengan
jelas.
1.3 Objektif
Pembelajaran
Di akhir pengajaran pelajar dapat:
1. Aras 1: 25 daripada 27 orang murid dapat membaca
dengan sebutan
dan intonasi
yang betul.
2. Aras 2 : 24 daripada 27 orang murid dapat membina carta alir dengan
betul.
1.4 Strategi
Strategi merupakan antara kunci keberkesanan sesuatu
pengajaran samada berjaya mencapai objektif atau tidak. Justeru, saya telah
menentukan terlebih dahulu strategi yang akan digunakan semasa pengajaran.
Sepanjang proses P&P berlangsung, saya menggunakan satu kaedah yang utama
iaitu pembelajaran secara kooperatif di mana murid-murid berbincang semasa
melakukan tugasan.
Pada
permulaan pengajaran juga saya telah menunjukkan video dan gambar bagi menarik
minat dan menghilangkan rasa bosan dan mengantuk dalam kalangan pelajar kerana
waktu pengajaran tersebut adalah waktu
yang terakhir. Saya juga menggunakan kaedah peneguhan yang mana saya akan
memberikan pujian sekiranya pelajar memberikan respon yang baik.
1.5 Maklum Balas
Maklumbalas pelajar sepanjang P&P berlangsung amat
positif dan memberangsangkan. Ia dapat dilihat bermula sesi soal jawab yang
dikemukakan. Semua pelajar memberikan
kerjasama dalam tugasan yang diberikan.. Maklumbalas tersebut juga dapat
dilihat melalui semangat persaingan antara kumpulan pelajar yang ingin cepat
siap dan menghasilkan tugasan yang baik. Saya sepatutnya memberi hadiah kepada
kumpulan yang cepat siap dan betul. Objektif yang telah digariskan telah
berjaya dicapai kerana 4 daripada 5 kumpulan dapat menjawab semua dengan betul.
Saya akan cuba melakukan yang lebih baik pada pengajaran akan datang dan
mengatasi kelemahan-keleahan yang saya hadapi pada pengajaran tersebut.
1.6 Rumusan
Pada keseluruhannya, saya menyedari bahawa masih terdapat
beberapa kekuatan dan kelemahan yang ada pada diri saya semasa proses P&P.
Namun, disebabkan pemilihan aktiviti yang menarik masih mampu membuatkan
pengajaran saya berjalan dengan lancar dan objektif dapat dicapai walaupun
dalam sesi waktu pelajaran yang terakhir sebelum murid pulang. Saya akui bahawa tidak semua aktiviti yang
saya jalankan berlangsung dengan baik. Pada pengajaran akan datang saya akan
cuba untuk meningkatkan kemahiran dari segi , penggunaan BBM, pemilihan strategi , sebutan
dan memberi penghargaan kepada murid.